💜 Permohonan Program Biasiswa MOE Taiwan dan Program Biasiswa HES bermula dari 11 Januari 2024. Para pelajar dialu-alukan memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan!
📌 Program Biasiswa MOE Taiwan terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah di Taiwan. Biaisiswa ini meliputi yuran pengajian sebanyak NTD 40,000 (≈RM5,800) setiap semester. Penerima juga ditawarkan elaun sara hidup bulanan NTD 15,000 (≈RM2,200) pada peringkat ijazah sarjana muda dan NTD 20,000 (≈RM2,900) pada peringkat pasca siswazah.
Tarikh tutup permohonan: 30 April 2024
📌 Program Biasiswa HES (Huayu Enrichment Scholarship) terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus jangka pendek Bahasa Mandarin di Pusat Pembelajaran Bahasa Mandarin yang ditubuhkan di universiti-universiti Taiwan. Penerima dapat ditawarkan stipend bulanan sebanyak NTD 25,000 (≈RM3,600). Tempoh penerimaan biasiswa adalah sama ada 3 bulan atau 6 bulan.
Tarikh tutup permohonan :31 Mac 2024
📌 Program Biasiswa Taiwan International Cooperation and Development Fund (ICDF) ditawarkan kepada pelajar Malaysia yang ingin mengikuti kursus pengajian pasca siswazah tertentu yang diajar bahasa Inggeris di Taiwan. Penerima akan ditawarkan biasiswa penuh, termasuk tiket penerbangan pergi-balik, perumahan, yuran tuisyen dan kredit, insurans, elaun buku teks, dan elaun bulanan.
Tarikh tutup permohonan :15 Mac 2024
Untuk maklumat mengenai garis panduan biasiswa dan butiran yang berkaitan, sila layari laman web Education Division (https://www.edutwmy.com/scholarships-information).